top of page

Assalammualaikum / Salam Sejahtera.

​

Hanz Design & Printing Enterprise ditubuhkan pada bulan Ogos 2016 oleh En. Didie Farhan Bin Mohammad Zamri. Tertubuhnya syarikat ini disebabkan oleh beberapa faktor, yang paling utama ialah disebabkan En. Han terlibat dalam kemalangan jalanraya pada bulan Jun 2016 dan disahkan patah kaki kanan serta kecederaan serius pada bahagian yang lain. Demi untuk melangsungkan kehidupan, beliau tidak berpatah semangat, namun berbekalkan dorongan yang diberi oleh keluarga serta rakan-rakan, beliau bertekad untuk bangkit dan menjadi usahawan yang mampu bersaing dalam bidang perniagaan khususnya bidang seni reka grafik dan percetakan sehingga mencapai tahap yang luar biasa suatu hari nanti. 

bottom of page